iklan habis, sambung cerita..
hari ni hari kedua kuliah bermula (walaupun smlm xde kuliah pun). biasa la minggu pertama kuliah ni kan, xde pun lecturer masuk kelas. penat jek datang. kang tak datang kang ada aje kelas. dua bulan lebih cuti, aku tak watpe pun kat umah. lesen pun tak abis sbb tak cukup masa. sambung cuti lepas ni kot. sampai ke KT hari khamis hari tu, 5hb julai. sbb takde bdk UMT lain masa tu, aku dgn berat hatinya terpaksa la menyedekahkan RM15 kpd pakcik teksi sapu. masa dalam keta, aku sedar betapa hipokritnye aku. sumenya sbb pakcik tu dok borak ngan aku guna slank terengganu. separuh aku faham, separuh lagi aku angguk2, geleng2, tunduk2, senyum2… hehehehe.. maapla pakcik ye.. sampai kat umah sewa hari tak gelap lagi. pelik gak. selalu sampai asrama dulu dah Isyak. takpe r. masa tu kat umah mael & da gang dah sampai. sementara nak menunggu hari daftar, kitorang pun mengemas rumah. mop sana mop sini, sapu sana sapu sini, angkat sana angkat sini.. praangg!!! bertaburan serpihan2 meja dalam bilik aku. aisey, budak umah sewa sebelum ni pasang tak betul. skru sana sini tak pasang. sbb takde skru driver yg btk L tu (aku tak ingat namanye walaupun wan dah banyak kali cakap), aku terpaksa biarkan dulu meja tu. sbb dah hilang mood nak mengemas dan tak tau nak mengemas camne lagi (sbb masa tu wan tak balik lagi, brg dia taktau nak letak mana), aku biarkan je bilik macam tu sampaila wan balik (mangkuk tul budak seko ni dah daftar baru nak balik). sementara menunggu hari kuliah, aku, mal ngan kamran sibuk uruskan hal motor. aku mmg tak mampu nak beli ori, so 2ndhand la yg jadik pilihan. kami ajak pak harun (tuan rumah yg baik hati lagi sporting). tiga kdai kitorang survey. kedai no 1, macam sial! mahal walaupun buruk. kedai no 2, okey tapi mahal. kedai no 3, yeeeaaa!! lawa dan bleh thn la murah. tokey tu baik ngan pak harun so kitorang dapat la murah. Alhamdulillah… esoknye kitorang datang lagi. aku ngan wan lenjan meredah hujan tanpa road tax bawak balik motor. huhu.. gila sejuk.. skang ni senang sikit nak merayap.