Salam… hehehe.. lama dah x tulis blog. banyak sebab yg menghalang aku tulis blog selama ni. sebab utamanya ialah MALAS (yg pertama sikap, kedua sikap, ke3, ke4, ke5 sikap: ayat HEP BP). haha! memang aku malas pun. sebab kedua sebab asyik hujan jek. aku malas gi hotspot kat kampus. karat nanti kotak ajaib aku ni. ketiganya sebab surver (betul ke aku eja ni??) down dah bape hari ni. lagi la menyebabkan aku malas nak tulis blog. bukan leh pos pun.
tajuk blog aku ni bukan ayat halau lembu ya!. tajuknye bah=banjia’ (loghat kedah). semalam aku dapat RM10 free dari hotlink sbb mangsa banjir segamat. hehe.. walaupun masa banjir tu aku ada duk kat tengganu ni sedap2 jek. aku guna r duit 2 wat call mak aku. mak kata umah x terjejas sangat. sumenya sebab umah aku atas bukit sikit jek dari umah jiran aku. jiran sebelah air masuk umah. umah aku sikiiiitt lagi nak masuk dapur (tau la umah felda camne). mak kata atas umah xley duduk sbb basah (bayangkan umah papan felda yg dah 20 thn lebih umurnya). fuad (adik aku) siap main air, mandi manda kat belakang (walaupun air 2 lalu lubang kumbahan jamban jiran aku).
banyak benda insyaAllah berlaku dalam beberapa hari ni.
- 28 disember 2006 : result PMR. hari ni result kuar. mak kata ayah ngan aja (my sis) dah kuar gi sekolah dia gi amik result. aku belum tau lagi. nanti msg r akak aku.
- raya haji ni, first time aku x raya ngan keluarga. jauh la nak balik. cuti pun bukan lama.
- 1 januari 2007 : fuad gi PLKN. aku x dapat nak antar dia dan nampaknya aku xkan jumpa dia sampai bulan 3 nanti. diala ahli keluarga aku yg pertama kena khidmat negara ni. aku dulu terlepas, x kena.hehe..nasib baik:P
- 6 januari 2007 : Angah insyaAllah akan menikah sempena besday aku yang ke20 (hehe..padahal kebetulan jek kena tarikh tu). ni la pernikahan pertama dalam sejarah keluarga anak beranak sedara mara mak dan ayah aku (antara sepupu aku r). patutnya 7hb tapi kena nikah 6 sebab imam yg jadik wakil tu xde 7hb. pada hari tu gak samsons wat konsert kat malaysia-sempena besday aku (hehe.. sekali lagi perasan).
mak kata bas xley masuk kampung aku (wilayah persekutuan pemanis) sebab jalan putus coz banjir besar ari 2. van, keta ngan motor jek bley lalu. tu punsetelah dibina lencongan. along gi keje pun naik van. fuad gi basten nak ke kem nanti pun naik keta kot. dahsyat gak banjir kali ni ek?? bayangkan la hujan untuk 2 bulan turun dalam sehari…
kepada kengkawan, datang la ke rumah ya 7hb nanti! sori, kad x bagi sebab tak tau nak pos kat sape. kalau x tau umah aku, masuk pemanis tanya je sesapa. insyaAllah ada org tunjukkkan jalan. try2 la ponteng kuliah datang majlis umah aku (untuk bdk2 yg kuliah ari ahad mcm kat trggnu ni la). yang lain 2 xde hal kan? hari ahad ape 7hb tu!!